Perisai kenderaan

Sturmgeschütz III dangan perisai tambahan

Kenderaan tentera biasanya berperisai bagi menahan hentaman serpihan, peluru, peluru berpandu, atau bedilan, melindungi orang di dalam dari tembakan musuh. Kenderaan sedemikian termasuk kereta kebal, kapal terbang, dan kapal.

Kenderaan awam juga mungkin dipasang perisai. Kenderaan sedemikian termasuk kereta yang digunakan oleh pemberita, pegawai dan yang lain dalam zon pertikaian atau di mana jenayah ganas biasa berlaku, dan kenderaan pemimpin negara. Kereta berperisai juga biasanya digunakan oleh firma keselamatan bagi mengangkut wang atau barangan bernilai bagi mengurangkan risiko rompakan lebuh raya, atau rampasan kargo.

Perisai juga boleh digunakan bagi kenderaan dari ancaman selain serangan dengan sengaja. Sesetengah kapal angkasa dilengkapi dengan perisai khas bagi melindunginya dari hentaman dari meteor halus atau serpihan sampah angkasa. Helikopter mungkin membawa perisai dalam bentuk dinding perangkap serpihan yang dibina pada rangka turbin gas bagi mengelak kecederaan atu kerosakan pada kerangka sekiranya roda pemampat/turbin terlerai.[1]

Rekabentuk dan tujuan kenderaan menentukan jumlah kepingan perisai yang dibawa, kerana kepingan perisai seringkali amat berat dan jumlah perisai melampau akan menghadkan pergerakan.

Perisai kenderaan kadang kala dipertingkat dalam persengketaan bersenjata. Semasa Perang Dunia II, krew kereta kebal A.S. mempateri sebahagian gelung trek kereta kebal pada badan kereta kebal Stuart, Grant, dan Sherman mereka.[2] Dalam Perang Vietnam, "lori bersenjata" A.S. dilindungi dengan beg pasir dan kepingan perisai keluli buatan tempatan.[3] Lebih terkini, HUMVEE berperisai tentera Amerika Syarikat di Iraq dan pelbagai kenderaan pengangkut tentera dipasang perisai tambahan dari bahan buangan: yang kemudiannya dikenali sebagai perisai hillbilly atau perisai "haji" oleh tentera Amerika.[2]

  1. ^ Containment Device | Transport Armor : Pinnacle Armor - Body Armor and Armoring Products
  2. ^ a b Moran, Michael. "Frantically, the Army tries to armour Humvees: Soft-skinned workhorses turning into death traps," MSNBC, April 15, 2004.
  3. ^ Gardiner, Paul S. "Gun Trucks: Genuine Examples of American Ingenuity," Diarkibkan 2007-11-02 di Wayback Machine Army Logistician, PB 700-03-4, Vol. 35, No. 4, July-August 2003, Army Combined Arms Support Command, Fort Lee, Virginia. ISSN 0004-2528

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search